“No Such Thing” – Idris Bidas Dakwaan Komplot Jatuhkan Kerajaan Negeri

MELAKA: “Tiada `lompatan’ dan (saya) tiada masalah dengan CM (Ketua Menteri).”

Demikian tegas bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sebagai menafikan dirinya terbabit dalam komplot menjatuhkan kerajaan negeri.

Memetik Berita Harian, Idris memaklumkan beliau tidak ada masalah dengan kerajaan negeri yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika ini..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu juga hairan mengapa ada pihak lain cuba mengaitkan dirinya dengan usaha menggulingkan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan beberapa hari lalu.

“No such thing (tiada perkara sebegitu). Saya tidak faham mengapa saya dikaitkan (dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri), (namun) saya rasa mungkin ada gerakan seperti itu daripada pihak lain tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya,” katanya.

Idris turut menolak beliau antara salah seorang wakil rakyat negeri itu yang didakwa menyokong Pakatan Harapan (PH).

Baru-baru ini, media melaporkan kerajaan negeri Melaka sedang bergolak apabila empat ADUN di pihak kerajaan akan menyokong PH, dengan dakwaan kesemua mereka telah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Selain Idris, turur dikaitkan dengan khabar angin berkenaan adalah ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (BEBAS).

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh dijangka membuat sidang media dalam tempoh terdekat berhubung perkembangan situasi politik di negeri itu.

“Saya akan mengadakan sidang media dalam sehari dua ini, sejurus selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri. Harap bersabar,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini