Nik Omar Tak Dapat Restu Ibu Tanding Tiket PKR

KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz didakwa membelakangi restu ibunya untuk menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pasir Salak.

Menurut Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecuali atas tiket PAS.

“Almarhum Tuan Guru (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan saya telah mendidik anak-anak kami sejak daripada kecil lagi agar istiqamah dengan perjuangan Islam bersama parti PAS,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Pas, malam tadi.

Pencalonan Nik Omar di Pasir Salak diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu atas kuota PKR.

Nik Omar mendakwa tindakan beliau bertanding atas tiket PH adalah bagi memenuhi impian bapanya yang mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Tambahnya, allahyarham bapanya meluahkan hasrat berkenaan sebelum meninggal dunia pada 2015.

BBerkaitan

Latest articles