Nik Abduh Kata Kepada PAS – “Tiada Ucapan Takziah Lagi, Takut Sedih Memanjang”

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini kekalahan PAS di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disindir oleh Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Namun, kali ini, selepas PAS yang bersama Perikatan Nasional (PN) tang tewas dalam PRN Johor semalam, Bik Abduh hanya menyampaikan pesan supaya PAS kembali kepada jalan yang betul dan memperbaiki diri.

”Pesanan budiman, mesti islah dan tambah baik diri. Kalau tak, akan kena lipat kali kedua lebih teruk.

”Tak ada ucapan dan rakaman takziah lagi. Takut sedih memanjang pula,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu turut mengucapkan tahniah kepada semua parti yang kalah kerana bersikap positif.

Malah beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Johor atas keputusan Pilihan Raya Negeri Johor dan mengharapkan pentadbiran kerajaan stabil dan sejahtera.

BBerkaitan

Latest articles