KUALA LUMPUR: Teka-teki berkenaan dua Ahli Parlimen PAS yang digugurkan dalam PRU15 akhirnya terjawab malam ini.
Kedua-dua mereka iaitu penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi digugurkan daripada calon Perikatan Nasional (PN) di Kelantan.
Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata menyaksikan PN meletakkan muka baharu, Muhamad Shahir Che Sulaiman sebagai calon di Parlimen Bachok, manakala Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi sebagai calon di Parlimen Tumpat.
Sejak beberapa hari lalu, khabar angin mengatakan beberapa nama ahli Parlimen PAS tidak akan dipilih pada PRU15 kali ini
Bahkan Nik Mohamad Abduh juga dilihat kerap membuat hantaran yang didakwa mempunyai ‘dua makna’ di Facebook beliau.
Kelmarin, anak kepada Allahyarham Nik Aziz memuat naik gambar bumi berwarna biru di Facebook sehingga mendapat reaksi balas warganet.
Bagaimanapun, PAS enggan membuat sebarang spekulasi berhubung gambar bumi berwarna biru dimuat naik di Facebook Nik Mohamad Abduh semalam.