Netizen Teruja Dengan Pakaian Menteri, Kaitkan Dengan Makanan Di Bazar Ramadan

Setiap hari, ,Menteri kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan muncul secara langsung di Pelbagai Platform media tidak kira media rasmi ataupun media di dalam talian bagi menyampaikan perkembangan terbaru Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak covid-19 yang kini memasuki fasa ke 4.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, Ismail Sabri dilihat cukup komited dalam melaksanakan tugasnya dan begitu tertib dan tersusun di dalam menyampaikan maklumat terkini mengenai situasi pandemik ini.

Baru-baru ini sekali lagi netizen membanjiri ruangan komen di Live Facebook yang memberikan komen mengenai baju yang dipakainya ketika memberikan taklimat itu.

Melalui laman Instagram seorang pereka fesyen terkenal yang juga menantu Ismail Sabri, Jovian mandagie telah mengongsikan tangkapan layar komen netizen ketika taklimat itu berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

Ok ni sumpah kelakor! Got me laughed out LOUD! @ismailsabri60 decked in @jovianmandagie hand drawn batik shirt.

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on


Antara komen netizen hari ini ialah bertemakan makanan yang diantaranya

@dazray lee – Pls Stop live ni.. netizen da lain macam ni.. tengok baju dato da mcm tengok makan.. ada yang cakap baju Dato mcm abc laicikang la, biskut la kuih lapis la.. pls pls nanti puasa netizen terbatal
@ltfi ayob – tengok baju Dato nam mcm air sirab bandung + lici kang lah
@yana samsudin – Air jagung, air Ribena laichi, kuih lapis, kuih kopesm sagu bewarna, kek banjiroll, laporrr tengok baju dato
@lin Rain – cantic baju, macam kek lapis Nampak comel
@uniza hj Sulong – Baju Dato macam kek lapis Sarawak.. mcm2 kaler ada
@nazurah MN – Nampak air keladi air kathira air jagung dan sirap kat baju dato

Dan pelbagai lagi komen yang berkaitan makanan apabila melihat baju batik yang  digunakan oleh Ismail Sabri hari ini. Mungkin cabaran berpuasa di bulan ramadan tahun ini cukup berbeza apabila kita di dalam tempoh PKP dan PKPD menyebabkan Netizen rindukan bazar Ramadan serta pelbagai juadah lagi agaknya.

Walau bagaimanapun Ismail Sabri hari ini telah menyampaikan bahawa Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) khas mengenai kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan pergerakan penduduk di kawasan zon hijau pada minggu depan.

Jelasnya pada peringkat awal, kelonggaran PKP tersebut kemungkinan dibuat secara berperingkat dan terhad untuk pergerakan dalam kawasan sahaja.

“Contohnya dalam kawasan projek perumahan awam (pangsapuri), jika sepanjang PKP ini semua penduduk didapati tiada gejala, mungkin kita benarkan mereka bawa anak-anak turun dari blok tapi tidak keluar dari kawasan itu katanya lagi

BBerkaitan

Latest articles