Netizen Kongsikan Gelagat Khatib Menyampaikan Khutbah Di Aidilfitri

Pelbagai gelagat yang dikongsikan Netizen mengenai khatib yang membacakan Khutbah sempena satu Syawal yang disambut hari ini

Bukan calang-calang Khatib yang membacakan Khutbah raya yang biasanya dilakukan di Surau mahupun masjid kerana kali ini yang menyampaikan Khutbah raya adalah ayah, abang, ataupun adik beradik kita yang terdekat kerana  kali ini umat islam di Malaysia dan dunia kebanyakannya menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing bersama keluarga rapat sahaja.

Ini semua dilakukan kerana kita di Malaysia kini di bawah kawalan pergerakan bersyarat yang dikuatkuasakan sehingga 9 Jun 2020 nanti ekoran wabak covid-19 yang menjadi ancaman kepada nyawa kita.

Pihak agama di peringkat persekutuan dan negeri juga turut menyediakan teks serta panduan untuk membacakan khutbah serta tatacara menunaikan solat sunat aidilfitri bagi memudahkan orang ramai menunaikan ibadah berkenaan di rumah masing-masing.

Namun ada cerita menarik yang dikongsikan netizen mengenai khutbah raya hari ini. Ada ketika tuan khatib mula membaca khutbah, merasakan tangan kanannya menggeletar, malah ada juga imam yang terlupa takbir yang harus diangkat ketika menunaikan solat sunat 2 rakaat aidilfitri ini.

Ia kerana seumur hayatnya, beliau tidak pernah naik mimbar di masjid, apatah lagi membaca khutbah Jumaat atau solat sunat Aidilfitri.

Antara perkongsian gambar-gambar khatib yang membacakan khutbah hari ini seperti yang tular di media sosial

Namun dalam apa juga keadaan umat islam di Malaysia tidak meninggalkan ibadah yang dituntut dan  Segala musibah yang menimpa pasti mempunyai hikmah dan umat Islam harus menghadapi ujian Allah itu dengan penuh keimanan dan kesabaran kerana semakin besar ujian itu, maka semakin besar ganjaran pahala bagi mereka yang sabar dan reda.

Selamat hari raya dari Kami, pasukan editorial The rakyat Insight buat semua muslimin dan muslimat di Malaysia.

 

BBerkaitan

Latest articles