Netizen Kecam Permohonan Maaf JKR Selepas KJ Jatuh Basikal Terlanggar Lopak

Isu jalan berlubang bukan isu baru yang diperkatakan. Masalah ini sebenarnya telah mengakibatkan banyak kemalangan, sehingga ada yang meragut nyawa.

Semalam tular di media sosial kemalangan yang berlaku terhadap Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin selepas terjatuh akibat terlanggar jalan berlubang ketika berbasikal di Kuala Langat.

Khairy, atau KJ memuatnaik gambar memaparkan kecederaan di muka yang dialaminya.

Susulan kejadian itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat memuatnaik satu ciapan permohonan maaf terhadap KJ dan memaklumkan akan mengambil tindakan segera terhadap masalah jalan berlubang itu.

Bagaimanapun ciapan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna Twitter yang membandingkan apakah tindakan segera yang sama akan diambil jika orang biasa mengalami kemalangan seperti itu.

Ada juga pengguna yang memuatnaik gambar kemalangan di lokasi yang sama, begitu juga di lokasi berlainan.

Mereka turut berharap agar tidak ada sikap ‘pilih bulu’ dalam menyelesaikan masalah antara orang-orang kenamaan dan rakyat biasa.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini