Negeri Sembilan Pula Bergegar Apabila Adun DAP Umum Keluar Parti

Selepas beberapa siri pertukaran kerajaan Negeri yang bermula di negeri Johor, Melaka, Perak,  terkini kerajaan PH Negeri Sembilan pula bergoyang apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri( ADUN)  mengumumkan meninggalkan parti DAP hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohd Omar mengesahkan menerima surat makluman mengenai peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine sebagai ahli DAP Negeri Sembilan sekali gus menjadi ADUN Bebas pertama di negeri ini.

Katanya, beliau menerima surat tersebut pada pagi ini di pejabatnya melalui serahan tangan yang dihantar oleh pegawainya.

“Kita menghormati keputusan beliau walau pun sebagai ADUN Bebas tetapi beliau menyatakan tetap akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Beliau hanya meletakkan semua jawatan dalam parti DAP sahaja, jadi tiada PRK (Pilihan Raya Kecil),” katanya

Media pernah melaporkan  terdapat sekurang-kurangnya enam ADUN daripada PH akan menyertai Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan baharu di Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dan ketika ini dengan komposisi di DUN ialah 20 kerusi dikuasai PH manakala baki 16 kerusi dimiliki Barisan Nasional (BN).

Kerusi PH terdiri daripada DAP (11), PKR (enam) dan Amanah (tiga) dan baki 16 kerusi adalah milik BN dengan 15 daripadanya dikuasai UMNO manakala MIC (satu).

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini