Negeri Melaka Mula Dikunjungi Pelancong, Aliran Trafik Bertambah

Negeri Melaka kini sedang dikunjungi ramai pelancong kerana keadaan trafik di Bandaraya Bersejarah itu semakin bertambah khususnya di Banda Hilir.

Ada pertambahan bilangan pelancong kelihatan ramai di Bangunan Stadhuys semalam.

Laporan The Star Online menyebut ada juga warga asing dilihat berjalan-jalan di sekitar Jonker Walk, walaupun pasar malam yang terkenal di kawasan itu masih lagi ditutup.

Aliran tinggi trafik berlaku bermula pukul 7 hingga 8.30 malam menuju ke Dataran Pahlawan.

Menurut laporan berkenaan, satu keluarga dari Seremban, Negeri Sembilan mengambil kesempatan kebenaran merentas negeri dan cuti hujung minggu untuk bermalam satu malam di Melaka.

K Jesudas, 42 tahun berkata dia membawa keluarganya bercuti ke situ selepas berbulan-bulan hanya duduk di rumah sahaja.

“Ini adalah masa yang tepat kerana banyak tempat tumpuan pelancong masih tidak ramai orang,” katanya.

Bagi para penarik beca di sekitar bandaraya Melaka, punca rezeki mereka kini bergantung pada pelancong dari warga Malaysia sendiri.

Bagaimanapun, mereka berkata bilangan orang ramai yang datang melancong ke Melaka sejak semalam masih rendah jika dibandingkan ketika sebelum pandemik Covid-19 menjejaskan industri pelancongan negara.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini