MKUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar patut balik cepat, kata, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, itu berkata Samsuri yang bercuti di Auckland New Zealand sepatutnya menamatkan percutiannya serta-merta ekoran negeri dibawah pimpinannya itu dilanda bencana banjir ketika ini.
Mohad Puad berkata, beliau difahamkan Samsuri akan pulang ke tanah air hari ini.
“Ada yang mengucapkan “Salam Aucklang”. Ada juga yang menyindir, “Di Auckland musim summer, di Trengganu musim winter”.
“Apakah Dr Sam tidak terasa? Sudah ada korban banjir. Bossku dulu balik segera ketika main golf dengan Obama. Ia jemputan khas dan bertujuan diplomatik.
“Biarlah famili meneruskan cuti walaupun PM atau MB memang layak berehat setelah penat mengurus negara atau negeri,” katanya menerusi hantaran dilaman Facebook rasminya.
Terdahulu, media melaporkan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat mengesahkan Ahmad Samsuri berada di New Zealand.
Setakat pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 40,456 orang daripada 11,097 keluarga berbanding 39,311 daripada 10,937 keluarga malam tadi