Negara Luar Turut Bantu Wisma Putra Selamatkan Nurul Ain, Suami

KUALA LUMPUR: Usaha membawa keluar rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron dan suaminya yang terkandas di Semenanjung Gaza sejak perang meletus lebih sebulan lalu dijayakan oleh Kementerian Luar Negeri dan beberapa negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa yang sama turut merakam rasa terima kasih kepada pihak-pihak terlibat yang menyelamatkan pasamygan tersebut yang terkandas di Semenanjung Gaza sejak perang meletus lebih sebulan lalu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut menzahirkan ucapan sama kepada kakitangan Kedutaan Malaysia yang tidak berputus asa dalam memastikan proses membawa mereka keluar dari zon perang dapat dilakukan.

“Syukur kepada Allah SWT jua,” katanya.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan Nurul Ain dan suaminya selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada Ahad (12 Nov) pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).

Tambah kementerian itu, usaha membawa keluar Nurul Ain dan suaminya merupakan hasil daripada pertemuannya dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, semasa lawatan kerja beliau ke Mesir pada 23 Okt lepas.

Beliau yang sempat membuat panggilan video dengan pasangan itu berkata, Nurul Ain dan suaminya telah menyampaikan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sedaya upaya memastikannya dan suami selamat dibawa keluar dari Gaza.

Dalam perbualan bersama Nurul Ain, Anwar meminta wanita itu untuk berkongsi situasi semasadi Palestin sebaik pulang ke tanah air.

Wanita itu memberitahu, dia dan suami pada awalnya mahu terus tinggal di Gaza tetapi terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan perang itu disebabkan keadaan yang semakin meruncing.

Nurul Ain yang berasal dari Keramat mengikut suaminya pulang ke Gaza pada 1 Oktober lalu yang sudah sembilan tahun tidak bertemu keluarga.

Meskipun sudah enam tahun berkahwin, itu merupakan kali pertama dia menjejakan kaki ke Palestin dan bertemu keluarga suaminya.

BBerkaitan

Latest articles