Negara Bersedia Dengan SOP Ketat Yang Sesuai Jika Sempadan Antarabangsa Dibuka

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya jika pintu sempadan antarabangsa kembali dibuka untuk aktiviti pelancongan.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara paling utama dalam SOP berkenaan adalah pematuhan terhadap ujian saringan Covid-19 sebelum memasuki negara.

“Selain itu, antara lain SOP berkaitan termasuklah menggunakan ejen pelancongan berdaftar dan melancong dalam jumlah yang kecil.

“Antara aktiviti pelancongan yang kita sasar untuk dibuka kepada pelancong asing termasuklah sukan golf dan aktiviti luar seperti selam snorkel dan menyelam,” katanya.

BACA JUGA : Tindakan AS Sekat Keterangan Bukti Wujud Konspirasi, Kata Peguam Najib

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Jerayawara Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Muhammad Jailani Khamis di Melaka, semalam.

Nancy berkata pihaknya juga telah mengenal pasti enam negara Asia yang menjadi sasaran untuk gelembung pelancongan iaitu Singapura, Korea, Jepun, Vietnam, China dan Brunei.

Katanya bagaimanapun pembukaan sempadan antarabangsa masih tertakluk dengan keputusan kerajaan Persekutuan yang akan membuat penilaian mengenai perkembangan semasa COVID-19.

BBerkaitan

Latest articles