Nasihat Tun M Jangan Pecah Undi Melayu Punca Pejuang Tak Tanding PRN

KUALA LUMPUR: Setelah mengambil kesepakatan, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengumumkan tidak akan bertanding di mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pendirian itu juga ditetapkan selepas mengambil kira pandangan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecahkan undi kaum Melayu.

“Kita telah membuat keputusan atas sebab kita setuju dengan cadangan Tun (Dr Mahathir) bahawa undi Melayu tak sepatutnya dipecahkan.

“Pada waktu yang sama kita setelah menanti sejak bulan Januari tidak mendapat respon yang positif daripada Perikatan Nasional atas hasrat kami untuk sertai gabungan itu, maka Pejuang telah membuat keputusan tidak akan menyertai PRN di enam negeri ini,” katanya di sidang media selepas Majlis Taklimat Pertama Presiden tahun 2023, hari ini.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, Pejuang mengesyorkan kepada penyokong mereka supaya memilih calon yang tidak terkait dengan rasuah dan mereka yang memberi perhatian terhadap nasib Melayu.

Meskipun tidak menyertai PRN, Mukhriz memaklumkan partinya kini mengambil peluang untuk mengukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.

“Berundur selangkah tidak bermaksud berundur seterusnya, sebaliknya kita akan terus mara ke hadapan selepas ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles