Namewee Disiasat Kes Bunuh Influencer Taiwan Yang Ditemui Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Polis kini mengklasifikasikan semula kes kematian seorang wanita warga Taiwan di sebuah hotel mewah di Jalan Conlay bulan lalu sebagai kes bunuh, selepas siasatan awal sebelum ini menganggap ia sebagai kematian mengejut.

Mangsa, Hsieh Yun Hsin, 31, seorang personaliti media sosial popular dari Taiwan, ditemui tidak bernyawa dalam tab mandi bilik air di Banyan Tree Hotel pada 22 Oktober lalu.

Ketika kejadian, penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, dilaporkan berada di bilik sama bersama mangsa.

Polis kemudiannya menahan artis itu selepas ujian awal mendapati dia disyaki memiliki dan menggunakan dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata siasatan terperinci membawa kepada perubahan klasifikasi kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana wujud elemen mencurigakan.

“Kes kematian wanita warga asing di hotel berkenaan kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut sumber polis, Namewee dijangka akan ditahan semula dalam masa terdekat bagi membantu siasatan lanjutan berhubung insiden itu.

Mangsa dilaporkan tiba di Malaysia pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Dua hari kemudian, dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik hotel berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Mayat Hsieh Yun Hsin telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala hasil laporan penuh masih menunggu pengesahan.

BBerkaitan

Latest articles