Namakan Calon PM,Sanggah Pendapat UMNO Berpecah-Jalaluddin

KUALA LUMPUR, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata seluruh negara telah mengetahui bahawa mesyuarat MKT UMNO pada malam tadi telah sebulat suara untuk meletak dan memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15 akan datang.

Jelasnya, ianya sekali gus menyanggah pendapat bahawa UMNO semakin berpecah dan tidak mengambil iktibar pada kekalahan pada PRU-14 yang lalu.

“Dengan menamakan Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ianya membawa mesej betapa UMNO kini sedang berada pada puncak solidariti dan kesiapsiagaan terbaik bagi berhadapan PRU-15.

https://www.facebook.com/100050269518930/posts/525286609156985/?d=n

“Keputusan ini juga membawa erti bahawa pucuk pimpinan UMNO terutama ‘Top 5’ iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin adalah terdiri daripada insan-insan yang berjiwa besar, asalkan ia membawa keuntungan buat rakyat di negara ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook,malam tadi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu menjelaskan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mengembalikan kestabilan masa depan untuk negara sudah menampakkan tanda-tanda awal kejayaan dengan adanya solidariti dan sifat jiwa besar dari dalam UMNO itu sendiri.

“Saya berpegang erat dengan keputusan ini dan akan menjunjung aspirasi murni tersebut demi kemaslahatan rakyat negara kita.

“Semoga rakyat kembali memberi kepercayaan buat kepimpinan dan perjuangan UMNO/BN dalam membawa kembali kestabilan di negara ini,” ujarnya

BBerkaitan

Latest articles