Nama Nizar Disebut Ganti Najib Di Pekan

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengatakan anak sulung Datuk Seri Najib Razak bakal menggantikan beliau di Parlimen Pekan semakin kuat bertebaran.

Najib, kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun kini Datuk Mohd Nizar, 44, dianggap calon paling sesuai menggantikan Najib sekali gus meneruskan legasi ditinggalkan bekas Perdana Menteri itu.

Menjelang hari penamaan calon pada 5 November ini, semakin banyak khabar angin bertebaran untuk mengisi kekosongan di Pekan.

Minggu lalu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly menolak jangkaan ramai pihak bahagian itu akan menamakan dua anak Najib, Nizar atau Nooryana Najwa, bertanding di kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, Nizar dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Pada PRU-14, Najib mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas memperoleh kemenangan majoriti besar 24,859 undi mengatasi tiga lagi pencabarnya di kerusi berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles