Nak Tangguh PRU15, Apakah Pembangkang Takut Dengan Pilihan Rakyat?

KUALA LUMPUR: Kesungguhan parti-parti politik tertentu yang menggunakan alasan banjir untuk mengelak daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung tahun ini menimbulkan persoalan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mempersoalkan sama ada lawan BN takut untuk berhadapan dengan pilihan yang akan dibuat oleh rakyat.

Ini sekaligus mereka yang mendesak PRU15 ditangguhkan ini sebagai lemah dan takut.

Parti terbabit juga, katanya, belum menemui hasutan pembohongan baharu yang mampu memperdaya fikiran rakyat.

“Jujurkah mereka dengan alasan tersebut atau ia sekadar satu lagi muslihat untuk mengelak daripada perlu berdepan dengan penentuan rakyat.

“Saksikan sejak kerajaan gagal 22 bulan tumbang pada Februari 2020, pesaing BN teramat takut mandat akan diserahkan semula kepada rakyat.

“Sudah lebih dua tahun mereka berikhtiar untuk menyekat rakyat dibenarkan menunaikan hak demokrasi mereka bagi memilih sebuah kerajaan baharu,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata, jika parti lawan tidak takut berhadapan dengan BN mereka seharusnya bersetuju PRU15 diadakan sekarang atau setidak-tidaknya sebelum musim banjir melanda.

Tambahan semua pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri dilaporkan sudah membuat persediaan sejak Ogos lalu untuk melaksanakan PRU15 pada bila-bila masa.

“Seperti saya nyatakan jika benar lawan BN jujur tidak mahu PRU-15 kerana bimbang kemungkinan banjir penghujung tahun, maka kita adakan PRU15 sekarang.

“Kita adakan PRU15 sebelum musim hujan seperti diramalkan walaupun kita amat yakin terhadap kemampuan SPR menjayakan demokrasi dalam apa jua situasi,” katanya.

Hakikatnya kata Ahmad Zahid, kemungkinan banjir yang tidak diketahui skalanya lebih menuntut PRU-15 diadakan sekarang agar kebajikan rakyat dapat diuruskan oleh sebuah kerajaan yang lebih stabil dan kukuh.

Ia sekaligus boleh mengelakkan insiden percanggahan dalam urusan membantu mangsa banjir berulang akibat sebahagian pimpinan yang melakukannya mempunyai agenda politik.

“Kita juga tidak mahu kemelut ‘tutup pintu depan, buka pintu belakang’ terus berlaku dalam pentadbiran kerajaan kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara.

“Kerajaan yang mantap, tidak ada sabotaj sesama sendiri kriteria penting menguruskan kesejahteraan hidup rakyat dan mendepani ramalan kemelesetan ekonomi dunia.

“Maka kita adakan PRU-15 sekarang dan selesaikan proses demokrasi itu sekarang. Benarkan rakyat Malaysia Memilih demi sebuah kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan.”

BBerkaitan

Latest articles