Pakatan Harapan (PH) hanya membuang masa dengan usaha ingin membentuk kerajaan baru, apatah lagi dengan hanya mempunyai majoriti yang tipis.
Penganalisis politik, Prof Awang Azman Awang Pawi berkata, kerajaan baru PH tidak akan stabil meskipun mendapat sokongan 130 kerusi.
“Peralihan kerajaan dapat dilakukan sebelum sidang parlimen pada Julai hanya dapat disahkan kebenarannya jika sudah ada bukti sekurang-kurangnya dengan sokongan 130 ahli parlimen ke atas.
“Jika kurang daripada itu, ia hanya membazir masa kerana selagi hanya minoriti terlalu tipis kerajaan tetap tidak stabil,” katanya.
Awang Azman juga menambah laluan PH untuk mendapatkan sokongan majoriti adalah berliku dan tidak mudah yang mereka sangka apatah lagi ketika mereka sudah hilang kuasa.
Bukan itu sahaja, keadaan juga semakin sukar apabila Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tiada hilang pengaruh selepas dilucutkan kanggotaan Bersatu.
“Belum ada dalam sejarah Malaysia ahli parlimen tidak berparti menjadi perdana menteri,” kata Awang Azman sebagaimana memetik laporan Malaysiakini.
PH mendakwa mereka mempunyai sokongan 129 daripada 222 ahli parlimen dan membolehkan mereka membentuk kerajaan sekali lagi.
Mengulas hal itu Awang Azman berkata jika PH berjaya mendapat sokongan sekurang-kurangnya 130, mereka mungkin sudah ‘selesa’ dan rakyat tidak perlu berdepan dengan pilihan raya mengejut.