Najib Tuntut Tommy Thomas Mohon Maaf, Ganti Rugi RM10 Juta Tulis Tentang Altantuya

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut Tan Sri Tommy Thomas memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta berikutan fitnah yang ditulisnya di dalam memoirnya bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness’.

Menerusi surat tuntutan yang ditulis oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, fitnah itu terkandung di dalam bab 42 buku berkenaan yang dipasarkan Sabtu lalu.

Bekas pegum negara itu menulis dakwaan di dalam bab bertajuk “Altantuya”, dimana beliau menulis Najib telah mengarahkan Inspektor Azilah dan Koperal Sirul membunuh wanita Mongolia itu.

Muhammad Shafee berkata, fitnah tersebut berniat jahat, merosakkan reputasi Najib serta mendedahkan anak guamnya kepada kecaman dan kebencian.

Sehubungan dengan itu, menurut Muhammad Shafee, jika pihaknya tidak menerima jawapan memuaskan daripada Thomas sebelum pukul 12 tengah hari Jumaat ini, maka prosiding undang-undang akan dimulakan awal minggu depan.

Selain permohonan maaf dan ganti rugi, Najib menerusi peguamnya itu turut menuntut supaya Thomas segera menarik semula kenyataan tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi tuduhan-tuduhan tersebut serta sebarang komen yang berkaitan.

Najib juga menuntut bekas peguam negara itu menanggung segala kos guaman berkaitan kes tersebut.

BBerkaitan

Latest articles