Najib Tuju Tun M – ‘Anak-Anak Kaya Berbilion Ringgit, Cucu-Cicit Naik Jet’

Ramai yang tahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sering membuat catatan di lama sosial, sama ada di Facebook atau Twitter dengan menyindir bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Terbaru Ahli Parlimen Langkawi itu mempersoalkan mengapa masyarakat hari ini seolah-olah mudah melupakan apa yang telah dilakukan oleh Najib, yang dikaitkan dengan mencuri harta negara.

Apatah lagi Dr Mahathir juga pelik mengapa masih ramai yang menyanjung Ahli Parlimen Pekan itu sehingga menerimanya sebagai pemimpin.

Najib, pada hari ini ‘memulangkan paku buah keras’ terhadap catatan Dr Mahathir itu dengan memberitahu anak-anaknya yang sedang kaya mengumpul harta meskipun kerap menuduh orang lain yang mencuri.

Yang jadi PM7 selepas jadi PM4, dia.Yang mahu jadi PM8, dia.Yang umum dan jelajah blackout satu negara mahu jadi calon PM9, dia.Yang dia tuduh mahu jadi PM, saya.Pelik betul individu ini.

Gepostet von Najib Razak am Dienstag, 21. Juli 2020

“Pepagi lagi dah start. Tak habis-habis dia (Mahathir) ni.

“Berderet-deret tweetnya. Paling pelik ialah dia asyik tuduh orang lain mencuri tapi yang kaya berbilion-bilion pulak ialah anak-anak dia.

“Satu keluarga termasuk cucu-cicit ke sini ke sana pakai ‘private jet’,” tulis Najib di Facebooknya.

Malah mengulas dakwaan Dr Mahathir, seperti yang disiarkan dalam sebuah portal berita yang kononnya Najib mahu sekali lagi diangkat sebagai perdana menteri sekiranya bebas daripada pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkenaan SRC Internatiional Sdn Bhd, Najib bagaimanapun menjawab seperti berikut;

“Yang jadi PM7 selepas jadi PM4, dia.Yang mahu jadi PM8, dia.

“Yang umum dan jelajah ‘blackout’ satu negara mahu jadi calon PM9, dia.

“Yang dia tuduh mahu jadi PM, saya. Pelik betul individu ini,” ujar Najib secara sinis.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini