Najib Tetap Sayang, Setia Dengan UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat menyampaikan pesanan kepada penyokong dirinya dan ahli-ahli UMNO secara keseluruhannya.

Pesanan bekas Ahli Parlimen Pekan itu disampaikan semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dimuatnaik oleh pentadbir laman Facebook Najib Razak hari ini.

“Datuk Seri Najib ingin menegaskan bahawa dia adalah orang parti dan selama ini dia sayang, setia dan taat kepada keputusan parti.

“Beliau juga ingin minta maaf bahawa dia tidak dapat berkempen bersama-sama parti dan Rakyat seperti mana yang dia lakukan di PRN Melaka dan PRN Johor lalu,” demikian memetik hantaran berkenaan.

Dipercayai pesanan Najib itu bertujuan meredakan dan meyakinkan para penyokongnya agar terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada enam PRN.

Sebelum ini beberapa pihak yang mendakwa penyokong Najib beralih arah menyokong Perikatan Nasional (PN) selepas kecewa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya tidak membela nasib Najib.

BBerkaitan

Latest articles