Najib Sindir Syed Saddiq – “Buat Propaganda Pakai Otak”

KUALA LUMPUR: Lagi berkenaan pembinaan projek kapal tempur pesisir (LCS) apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kononnya projek itu sudah terhenti pada April 2018 selepas Parlimen dibubar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau membangkitkan persoalan itu kerana bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas timbalannya, Liew Chin Tong telah merasmikan dan meninjau projek berkenaan pada 2018 dan 2019.

“Mereka pergi rasmikan dan tinjau projek suspended (yang digantung)?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu mengulas dakwaan Syed Saddiq yang mendakwa pembinaan projek LCS terhenti apabila pembekal memberi arahan henti kerja kerana tiada bayaran yang diterima.

Najib menambah, jika projek LCS terhenti pada April 2018 sebab masalah kecairan kewangan, kerajaan patut menyelesaikannya serta-merta agar projek penting bagi negara dan syarikat Boustead yang merupakan aset utama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dapat diselamatkan.

“Itulah tanggungjawab sebuah kerajaan dan amanah diberi pada Menteri Pertahanan bagi melindungi kekuatan pertahanan negara serta kepentingan anggota tentera termasuk simpanan usia tua veteran tentera.

“Sebab Boustead tak pernah rugi sepanjang tempoh saya Perdana Menteri tetapi mengalami kerugian amat besar selepas PRU-14,” jelasnya.

Beliau juga bertanya mengenai tindakan yang diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan mereka memerintah sekiranya benar projek LCS terhenti pada April 2018.

“Pandang sahaja projek itu dihentikan selama 22 bulan dan tunggu dua tahun lagi untuk dijadikan isu pada tahun 2022 untuk tanya mana kapal?

“Jika nak buat propaganda menipu pun perlu pakai otak,” sindirnya kepada Syed Saddiq.

BBerkaitan

Latest articles