Najib Razak Dedahkan Satu Persatu Kontrak Libatkan Anak Dr Mahathir Di Facebook

Pertelagahan dua orang tokoh politik yang sudah amat dikenali di negara ini sudah semakin tegang dan semakin panas antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hari ini di laman Facebook, Datuk Seri Najib pernah mendedahkan satu persatu kontrak yang diperoleh oleh anak-anak Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri kali pertama pada tahun 1981 sehingga 2003 dalam satu hantaran bertajuk “Menjawab Stealing Chickens”

Seorang Penyelidik PHD dari Universiti Leiden Belanda, Abdul Muein Abadi menulis senarai pendedahan oleh Datuk Seri Najib berkaitan anak Dr Mahathir satu persatu mengikut urutan.

Menurut beliau, pendedahan pertama Datuk Seri Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan ialah tentang Mirzan Mahathir yang membangunkan Konsortium Perkapalan sekitar tahun 90-an yang kemudiannya diselamatkan atau digelar ‘bail-out’ oleh Petronas melalui MISC sewaktu krisis ekonomi pada tahun 1998.

Sumber yang dipetik Datuk Seri Najib ialah laporan Wall Street Journal (WSJ) bertajuk “MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir’s Son”.

Menurut Datuk Seri Najib, pada tahun 1996 Mirzan juga membeli Diperdana Corp daripada adik lelaki Taikun, Tan Sri Vincent Tan iaitu Danny Tan – hanya dua tahun selepas Danny membeli syarikat tersebut.

BACA JUGA – Kembalikan Semula Kuasa Raja-Raja Melayu Seperti Sebelum 1993

Datuk Seri Najib merujuk sumber WSJ berikut untuk pendedahan berkenaan “Diperdana Stake Is Sold in Deal Said to Be Tied to Mahathir’s Son”

Bekas Presiden UMNO itu pula mempersoalkan transaksi pada tahun 1997 apabila seorang lagi anak Dr Mahathir iaitu Mohzani yang menjadi pemegang saham terbesar kumpulan Hospital Pantai selepas membeli saham itu daripada kumpulan Berjaya yang dikawal oleh Vincent.

Seterusnya, Datuk Seri Najib mempersoalkan transaksi pada tahun 1997 apabila seorang lagi anak lelaki Tun Mahathir iaitu Mohzani yang menjadi pemegang saham terbesar kumpulan Hospital Pantai selepas membelinya daripada kumpulan Berjaya yang dikawal

Susulan daripada pembelian tersebut, Datuk Seri Najib menyatakan bahawa konsesi FOMEMA dan juga kontrak bekalan hospital kerajaan telah dianugerahkan kepada kumpulan tersebut ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Pendedahan berikutnya Datuk Seri Najib ialah berkenaan kumpulan Kencana yang ditubuhkan oleh Mokhzani hanya setahun sebelum ia dianugerahkan lesen ‘fabrication’ (Offshore Structures) yang utama daripada PETRONAS pada tahun 2002. Untuk rekod, Kencana Petroleum ialah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen tersebut di Malaysia pada waktu itu:

Menurut beliau, anak-anak Dr Mahathir mendapat faedah perniagaan sebanyak berbilion ringgit dengan Petronas sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dan kemudiannya Penasihat Petronas selama 12 tahun sejak 2003.

Malah, Datuk Seri Najib turut mempersoalkan tender kontrak secara rundingan terus yang dianugerahkan kepada seorang lagi anak lelaki Tun Mahathir iaitu Mukhriz pada tahun 2003 iaitu Opcom.

Syarikat tersebut dianugerahkan kontrak bernilai RM214 juta daripada Telekom Malaysia melalui arahan langsung daripada Kementerian Kewangan. Datuk Seri Najib pernah mendedahkan surat tersebut di laman Facebook beliau. (Datuk Seri Najib juga mendedahkan surat tersebut di laman FB beliau).

Kontrak ini cukup penting bagi penyenaraian Opcom kemudiannya pada tahun tersebut di mana satu lagi ‘bundle’ telah dibuat.

Datuk Seri Najib juga mengkritik pada masa penggal kedua Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri di mana Pelan Fiber dan Rangkaian Seluruh Negara (NFCP) yang bernilai RM21.6 bilion ialah satu-satunya projek mega yang disegerakan dan diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan diluluskan oleh kabinet dalam masa yang singat.

Beliau juga turut membangkitkan bahawa saham Opcom yang majoritinya dimiliki dua anak lelaki Tun Mahathir melonjak 50% apabila projek tersebut diumumkan kerana ia adalah merupakan antara pihak yang mendapat manfaat daripadanya:

Memetik laporan The Edge Markets: “Opcom rose 18.5 sen or 41.11% to 63.5 sen. Opcom’s share price rise could be due to news that the Malaysian Cabinet had today approved the implementation of the National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP).

Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak sama ada daripada Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepincangan kepimpinan Dr Mahathir yang selama ini mencanang bahawa kerajaan pimpinan beliau tidak pernah menganugerahkan kontrak berbilion kepada anaknya.

Bagi Dr Mahathir pula, setiap artikel atau tulisan di laman sosial Facebook, beliau tidak habis-habis menyalahkan Datuk Seri Najib disebabkan beberapa perkara.

Semoga ada penjelasan dan jawapan balas yang tuntas daripada Tun Mahathir terhadap setiap satu pendedahan Datuk Seri Najib Razak semalam di laman Facebook beliau.

1. BACA PAUTAN – MISC To Pay $220 Milion Price For Assets From Mahathir’s Son

2. BACA PAUTAN – Diperdana Stake is Sold in Deal Said to Be Tied To Mahathir’s Son

3. PAUTAN BERITA – Mokhzani Mahathir, Now Largest Shareholder Of Hospital Pantai

4. BACA PAUTAN – pendedahan Datuk Seri Najib tentang FOMEMA di laman Facebook beliau.

5. BACA PAUTAN – Cabinet okays, RM21.6b Plan To Give Malaysians Faster and Better Internet

6. BACA PAUTAN – Gaming License Sparks Contention in Malaysia 

BBerkaitan

Latest articles