Peguam Najib Razak Dedahkan Campur Tangan Asing Terhadap Kedaulatan Malaysia

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah hari ini, menegaskan wujudnya campur tangan antarabangsa yang didakwa mencabar kedaulatan Malaysia dan mempersoalkan kepimpinan negara semasa pentadbirannya. Beliau menamakan kuasa asing tertentu, khususnya semasa pentadbiran Demokratik di Amerika Syarikat, yang terlibat dalam usaha terancang untuk menjatuhkannya.

Dokumen Bocor dan Campur Tangan DOJ

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Najib merujuk kepada dokumen bocor pada tahun 2016 yang didanai oleh Open Society Foundations, sebuah organisasi yang diterajui oleh George Soros.

Dokumen itu mendedahkan strategi terancang untuk menggugat kerajaan Malaysia yang dipimpinnya. Dalam tempoh yang sama, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) melancarkan tindakan pelucutan hak sivil berkaitan 1MDB, yang beliau dakwa sebagai sebahagian daripada kempen antarabangsa untuk mencemar nama dan kepimpinan negara.

Beliau turut menekankan bahawa DOJ sendiri mengakui tindakan mereka hanyalah berdasarkan dakwaan, namun pendekatan yang dipergunakan mencipta persepsi bersalah terhadapnya sebelum sebarang bukti diuji di mahkamah. Najib mendakwa taktik ini selari dengan pendekatan DOJ terhadap bekas Presiden AS, Donald Trump, yang turut menghadapi siasatan bermotif politik semasa pentadbiran Demokratik AS ujar beliau pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Peranan Media dan Manipulasi Pendapat Awam

Tambah Shafie lagi,  anak George Soros, Alex Soros, telah menyumbang kepada kempen fitnah terhadapnya melalui penerbitan dokumentari satu pihak mengenai isu 1MDB. Dokumentari tersebut, yang disiarkan secara global, bertujuan memperkukuh naratif bersalah tanpa melalui proses perbicaraan yang adil. Manipulasi media ini, menurut Najib, adalah sebahagian daripada usaha untuk mengganggu kestabilan politik Malaysia.

Ketidakstabilan Politik Malaysia dan Hakisan Kedaulatan

Shaife turut menegaskan bahawa campur tangan kuasa asing ini telah membawa kepada ketidakstabilan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Malaysia. Sejak 2018, negara menyaksikan pertukaran empat Perdana Menteri dalam tempoh hanya empat tahun, yang dianggap sebagai akibat langsung daripada kempen terancang ini.

Mempertahankan Kedaulatan dan Integriti Sistem Kehakiman

Shafie turut menekankan bahawa pembelaannya bukan hanya untuk membersihkan nama Najib,  tetapi juga untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia daripada campur tangan luar. Beliau menyeru agar rakyat Malaysia memahami bahaya corak campur tangan politik seperti ini, yang menggunakan institusi perundangan sebagai alat untuk agenda politik.

Corak campur tangan ini bukan sahaja mencabar integriti sistem keadilan kita, tetapi juga merosakkan naratif politik dan kestabilan negara,katanya.

BBerkaitan

Latest articles