Najib: Pilih KM Sabah Ikut Majoriti, Perlembagaan Persekutuan

 

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pelantikan ketua menteri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang perlu dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Calon KM Sabah Perlu Dibincang Secara Bersama

“Kita kena patuh kepada Perlembagaan yang menyebut mana-mana ADUN yang mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ADUN lain akan dilantik sebagai Ketua Menteri.

“Jadi kita tunggu keputusan yang akan menentukan parti mana dan individu yang mendapat sokongan majoriti di kalangan ADUN. Itulah yang jadi penentu muktamad,” kata Najib ketika menghadiri program ‘Bossku’ bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Andrassy DUN Balung, Tawau, semalam.

Reaksi Najib menyusul selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor bakal menjadi ketua menteri Sabah jika Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya menang pada 26 September depan.

Kenyataan Muhyiddin itu turut mendapat komen daripada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pimpinan parti yang lain yang menyatakan bahawa calon jawatan itu diputuskan selepas bilangan kerusi yang mencukupi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baru.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Najib turut menyeru jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bekerja lebih keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

“Saya melihat bahawa di tempat-tempat yang saya telah berjumpa dengan orang ramai, jentera dan pengundi nampaknya sambutan positif tapi saya amat sedar bahawa keadaannya tidak semudahnya.

“Kita masih lagi perlu berusaha dengan begitu gigih sebab kita dikira sebagai pembangkang di Sabah. Jadi sebagai pembangkang memang kena kerja lebih keras daripada mereka yang mempunyai kuasa sebagai kerajaan,” katanya lagi.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...