Najib Layak Dapat Pengampunan Agong Sama Seperti Anwar

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Pahang sepakat mahu Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan penuh daripada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), seperti mana yang pernah diperolehi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim juga semua pihak menghormati dan akur dengan titah pengampunan daripada YDPA.

Malah sebelum keputusan itu dibuat juga, Yang di-Pertuan Agong pastinya telah mengambil kira pelbagai factor, begitu juga untuk pemerintah tertinggi negara mempunyai kuasa untuk menilai dan mengambil kira faktor utama dalam urusan pengampunan.

”Adakah AGC (Jabatan Peguam Negara) kini baru nak mengakui kewujudan Titah Adendum yang sebelum ini hanya dikhabarkan ‘hearsay’ sahaja oleh mahkamah?

”Kenapa baru sekarang hendak keluarkan kenyataan ini? Sudah berapa lama minta semak tentang kewujudan Titah Adendum ini tetapi ada pihak yang bertanggungjawab cuba menafikan,” katanya memetik MalaysiaGazette.

Kenyataan Mohd Kamil merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa Najib perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan YDPA.

Sebaliknya menurut Mohd Kamil, kenyataan Anwar baru-baru ini juga perlu diperhalusi sebaik-baiknya, selepas beliau mengakui terdapat kecacatan dalam pendakwaan kes yang berprofil tinggi yang dibicara di mahkamah secara terburu-buru selepas PRU-14.

Katanya, terdapat tangan ghaib yang cuba menganggu perbicaraan Najib selain terdapat terlalu banyak ketidakadilan seolah-olah hanya Najib seorang sahaja yang melakukan semua itu.

Dalam pada itu Mohd Kamil menyorot Kembali bagaimana semua pihak boleh akur dengan titah YDPA untuk membentuk Kerajaan Perpaduan kerana ia melangkaui kepentingan peribadi.

Namun sebaliknya pula dalam kes Najib yang didakwanya terdapat banyak penafian Titah Adendum kerana khuatiri pihak-pihak tertentu akan hilang keyakinan dan kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU-16).

Tambahnya, Najib berhak menuntut keadilan kerana banyak perkara diragui sepanjang pendakwaan berjalan.

BBerkaitan

Latest articles