Najib Kata Bukan Nak Jadi Hero Dalam Isu KWSP, Lanjutan Moratorium

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata dirinya tidak mengambil langkah populis, malah hendak menjadi hero berhubung gesaannya supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang berjumlah RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Begitu juga dengan gesaan supaya kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman bank secara menyeluruh kepada rakyat yang masih berdepan dengan kesan akibat pandemik COVID-19.

Najib sekali lagi menegaskan bahawa gesaan berkenaan sebagai strategi membaikpulih keadaan ekonomi negara yang merosot sejak awal tahun ini.

“Ada yang tuduh cadangan KWSP RM10k dan lanjutan moratorium pinjam cuma sekadar permainan populis saya supaya saya nampak macam hero.

“Soalan: Jika bajet 2019 sebanyak RM314.5 bilion tidak dapat selamatkan ekonomi pada tahun tiada krisis Covid, bagaimana pula bajet 2021 sebanyak RM322.5 bilion (RM8 bilion atau cuma 2.5% lebih tinggi) mampu menyelamatkan negara semasa krisis Covid melanda seluruh negara dan dunia?

“Langkah pengeluaran KWSP RM10k dan lanjutan moratorium adalah langkah untuk menambah dana ke dalam kitaran ekonomi kita demi merancakkan ekonomi ktia tanpa memberi impak kepada saiz bajet dan defisit negara disamping memberi sedikit ruang kelegaan kepada mereka yang paling terdesak,” demikian memetik hantarannya di Facebook.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan pada baru-baru ini dilaporkan berkata Barisan Nasional (BN) akan terus menuntut kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan pengeluaran wang berjumlah RM10,000 dai Akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu membenarkan golongan kategori B40 untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman.

Bagi pengeluaran Akaun 1 KWSP pula, kerajaan membenarkan pengeluaran sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini