Najib Dirawat Di Hospital

 

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilapor telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan baru-baru ini.

 

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawainya hari ini, demikian memetik laporan FMT.

 

“Beliau masih menjalani pemeriksaan perubatan. Beliau dikatakan mengalami kesakitan,” katanya.

 

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pekan itu dipercayai berada dalam keadaan stabil.

 

Untuk rekod Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos lalu setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam rayuan akhir kes SRC International.

BBerkaitan

Latest articles