Najib Dirawat Di Hospital Kerana Sakit Perut

KUALA LUMPUR: Nooryana Najwa Najib memaklumkan bapanya, Datuk Seri Najib Razak mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Dalam satu hantaran InstaStory, Nooryana berkata bapanya sememangnya sering mengalami masalah perut yang berulang.

“Daddy (Najib) sangat terdedah kepada ulser perut, yang boleh berlaku di bawah tekanan atau disebabkan gastrik.

“Kali terakhir daddy kena ulser perut tahun lalu sehingga pengsan akibat pendarahan dalaman dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu untuk rawatan susulan,” katanya.

Beliau berkata, Najib seorang yang susah untuk mengadu mengenai kesakitan dialaminya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kekuatan Daddy. Kami sangat berharap daddy mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan kerap jika diperlukan oleh pihak penjara dan hospital.

“Tolong jagakan Daddy kami dan Bossku. Dia amat bermakna buat kami. Semoga Allah merahmati kami semua,” katanya.

Media melaporkan bekas perdana menteri itu yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pegawai Khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, Ahli Parlimen Pekan itu dalam keadaan stabil dan melalui semua pemeriksaan kesihatan serta rawatan yang diperlukan.

BBerkaitan

Latest articles