Najib Dikuarantin Di HKL, Positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan dijangkiti COVID 19 pada semalam.

Dalam satu kenyataan, pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan Najib dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa selepas beliau mengadu demam.

Setelah pemeriksaan dilakukan doktor pakar, beliau didapati positif COVID-19.

Dalam pada itu, Najib dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mukhlis mewakili keluarga Najib Razak berterima kasih kepada pihak penjara khasnya Penjara Kajang dan Hospital Kuala Lumpur di atas tindakan pantas memberi rawatan.

BBerkaitan

Latest articles