Najib Boleh Pujuk Akar Umbi UMNO

KUALA LUMPUR: Sekiranya bebas daripada hukuman penjara, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu menyelamatkan masa depan UMNO yang kini menyaksikan ramai ahli akar umbinya telah menjauhkan diri.

Bahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil yakin bekas Presiden UMNO itu boleh memainkan peranan berkenaan setelah enam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini menyaksikan UMNO kehilangan sokongan daripada 80 peratus akar umbinya.

“Beliau boleh pujuk akar umbi UMNO. Dalam parti politik, kita tak boleh hilang akar umbi,” katanya ketika menjadi ahli panel pada sesi bertajuk ‘Konsep 1Malaysia Yang Inklusif’ pada program sesi dialog awam ‘Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa?’ di Wisma MCA, semalam.

Sesi yang dikendalikan Timbalan Presiden Pertubuhan Rangkaian Kebajikan Erat Nusa Rakyat (BeNAR) Malaysia, Dr Aaron Yusof Abdullah itu turut disertai dua lagi ahli panel iaitu Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker dan Presiden Makkal Sakthi, Datuk Seri RS Thanenthiran.

Program tersebut dianjurkan secara bersama oleh Pertubuhan BeNAR Malaysia, Nusa Sejagat Malaysia, Malaysian Youth Activist (Malaya) dan UMNOSiswa.

Isham turut menyuarakan kebimbangannya tentang kemungkinan UMNO kehilangan sokongan seluruh akar umbinya pada PRU16.

Beliau turut menasihatkan kepimpinan UMNO agar jangan bimbang tentang kemungkinan mereka akan ‘tenggelam’ setelah Najib dibebaskan.

“Kepimpinan sekarang jangan takut bayang-bayang sendiri. Janganlah takut kalau Najib keluar, mereka pula tenggelam,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles