Najib: Bila Tak Diturut Kemahuan, Tun M Terus Tarik Sokongan, Tak Henti Serang Sampai Kini

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tekanan kepada oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bermula akhir bulan Oktober 2013 apabila anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kalah pada pemilihan UMNO.

Perkara itu didedahkan Najib menerusi jawapan balasnya di Facebook kepada surat kedua Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri keenam itu juha   mendakwa Dr Mahathir beberapa kali menekannya supaya memberi projek kepada kroni semasa memegang jawatan berkenaan sebelum bertindak menarik sokongan dan menyerangnya.

”Bagi menunjukkan dia (Dr. Mahathir) marah, pada hari pertama PAU (Perhimpunan Agung UMNO) 2013 pada bulan Disember 2013, Dr. Mahathir dengan mengejut  mengumumkan meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas dengan alasan dia sudah terlalu tua.

“Tapi tak sampai tiga bulan kemudian, dia tiba-tiba dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Proton yang sudah menjadi syarikat swasta dan bukan lagi milik kerajaan setelah Dr. Mahathir minta Khazanah jual kepentingan saham dalam Proton sepenuhya pada tahun 2011.

”Dan antara tugas utama dia sebagai Pengerusi Eksekutif Proton ialah untuk meminta geran percuma RM3 bilion untuk Proton dari kerajaan,” kata Najib.

Menurut Najib, jumlah geran percuma itu kemudian diturunkan oleh Proton kepada RM1.7 bilion memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu sukar memberi geran percuma kepada Proton yang sudah pun 100 peratus dimiliki swasta.

Malah kerajaan ketika itu berpendapat, jika geran besar itu diberi Proton masih sukar menjadi kompetitif tanpa rakan niaga dan tekonologi baharu kerana pasaran tempatan terlalu kecil.

”Setelah geran ini ditolak sekali lagi, PM keempat pun umum tarik sokongan kepada saya pada bulan Ogos 2014.

”Masa dia tarik sokongan, tiada pun dia pernah sebut SRC atau 1MDB tetapi lebih kepada dasar-dasar saya seperti BR1M dan gaji minimum merugikan negara dan industri tempatan.

”Saya tahu sebab utama ialah dia amat marah pada saya masa itu sebab dia tuduh saya tak sokong anak dia dalam pemilihan parti UMNO pada akhir tahun 2013 serta menjatuhkan air muka setelah kerajaan menolak permintaan dia sebagai Pengerusi Eksekutif Proton untuk memberi geran percuma sebanyak RM1.7 bilion hingga RM3 bilion kepada Proton,” ujar Najib lagi.

Bermula dari keadaan itu juga, Najib menambah, pada tahun 2014, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melihat ada kesempatan mula berkomplot dengan Dr Mahathir dan Muhkriz untuk menumbangkannya seperti didedahkan Mukhriz dalam mahkamah.

BBerkaitan

Latest articles