Najib Bersarapan Bersama Calon BN DUN Bukit Pasir, Bukit Kepong

PAGOH: Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa bersarapan bersama dua calon gabungan berkenaan di Kompleks Seri Pekembar, hari ini.

Beliau tiba pukul 8 pagi, dan disambut jentera parti yang telah berkumpul sejak pukul 7.30 pagi lagi.

Najib kemudiannya meluangkan masa bersarapan bersama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Mohd Fadzli Mohd Salleh dan calon DUN Bukit Kepong, Ismail Mohamad.

Najib, seterusnya menyaksikan pelepasan jentera yang mengiringi calon-calon ke pusat penamaan masing-masing iaitu di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Pusat Konvensyen Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selepas selesai proses penamaan calon nanti, Najib akan bertemu dengan pengundi-pengundi di Dataran Semandar, Gersik.   

Untuk PRN Johor kali ini, BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN.

BBerkaitan

Latest articles