Najib Balas Anwar, “Tunggu 12 Mac”

MERSING: Semua orang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membuat pelbagai andaian kononnya beberapa kawasan di Johor sebagai ‘kubu kuat’ mereka.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata, penentu kepada kekuatan sesuatu parti akan ditentukan pada hari mengundi, iaitu 12 Mac ini.

Reaksi Najib ditujukan kepada dakwaan Anwar, yang juga Presiden PKR, kononnya Endau dan  Tenggaroh yang terletak di bawah Parlimen Mersing bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional.

“Kita tunggulah. Semua orang boleh kata macam-macam, boleh kata ini boleh kata itu dan sebagainya. Tetapi 12 hari bulan nanti kita tengoklah dulu, Tenggaroh dan Endau kubu siapa,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama jentera dan calon Barisan Nasional DUN Tenggaroh dan Endau di Air Papan, Mersing, malam tadi.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ketika jelajah ceramah di Bilik Gerakan Utama PKR di Jalan Jemaluang Bandar Mersing, baru-baru ini mendakwa kedua-dua kerusi DUN berkenaan dianggap kubu kuat UMNO.

Namun Anwar berkata keadaan tidak lagi sama seperti sebelum ini dan mahu rakyat di kedua-kedua kawasan itu membawa perubahan kali ini.

BBerkaitan

Latest articles