NADMA Pastikan Isu Pasca Banjir Diselesaikan Dengan Lancar

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembersihan dan pembaikan pencawang elektrik antara usaha pasca banjir yang akan dilaksanakan dengan segera dan lancar demi keselesaan masyarakat setempat yang terjejas.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini juga memberi penekanan terhadap menara telekomunikasi dan perkhidmatan pembentungan, selain isu bekalan air serta elektrik.

Malah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut memaklumkan keperluan tenaga manusia kementerian mengikut keperluan dimohon oleh pejabat daerah bagi menggerakkan Pasukan Petugas Khas Pengurusan Pasca Banjir dan kesiapsiagaan menghadapi gelombang kedua banjir.

Dalam masa yang sama petugas di lapangan digesa mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan tiada penularan wabak COVID-19 dalam komuniti.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut diarah mengenal pasti kaedah penyelesaian terbaik bagi menempatkan penduduk yang perlu mengosongkan rumah berikutan tanah runtuh di mana keadaan struktur bangunan tidak selamat untuk didiami.

“Selaras inisiatif Bantuan Wang Ihsan (BWI) diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) Jumaat lalu, semua kerajaan negeri berkaitan sudah mula membuat penyerahan BWI kepada mangsa terkesan banjir,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, NADMA memaklumkan, JPBN sudah diarah untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi memastikan operasi pengurusan bencana berjalan lancar.

Arahan itu dikelurkan berikutan amaran hujan lebat berpanjangan oleh Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bagi beberapa negeri yang dilanjutkan hingga Isnin ini.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku komander Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bersama semua agensi berkaitan perlu menyelaras persediaan menghadapi banjir yang dijangka berlaku.

“Berikutan banjir dilaporkan mula berlaku di Sipitang, Sabah, semua agensi di negeri itu turut diarah bersiap siaga untuk bertindak dan membuka PKTK,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles