MySejahtera: Imbas Kod Hanya Ketika Masuk Stesen Minyak

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pendaftaran wajib ke atas setiap individu yang berurusan di dalam premis jualan, tandas dan surau di setesen minyak, sama ada menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual.

Manakala bagi individu yang tidak ada komunikasi dua hala seperti mengisi minyak di pam menggunakan kad kredit atau debit kad dan menambah angin tayar, tidak perlu mendaftar.

“Bagi individu yang hantar kereta di bengkel bersebelahan stesen minyak, mereka akan menunggu kereta, maka aplikasi MySejahtera perlu digunakan atau manual.

Bagi individu yang cuci kenderaan, pun daftar MySejahtera kecuali bagi perkhidmatan cuci automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya hari ini, mengulas mengenai perincian prosedur operasi standard (SOP) di stesen minyak di seluruh negara.

 

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini