MyPW menuju Puncak Everest Bersama Ravichandran

Kuala Lumpur — Sebuah syarikat yang berasaskan minuman kesihatan berbesar hati untuk membekalkan air minuman beroksigen kepada pendaki everest Negara, Ravichandran Tharumulingam yang akan memulakan expedisi menawan gunung tertinggi di dunia itu pada april nanti.

MyPW yang merupakan syarikat berteraskan sukan gusti profesional dan kini merupakan pengeluarkan air minuman beroksigen,  amat berbesar hati untuk bersama Pendaki Gunung, Ravi Everest, di dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest di mana mereka akan membekalkan produk minuman beroksigen MyPW  yang penuh khasiat tenaga dan tinggi oksigen yang akan membantu Ravi Everest untuk mencapai matlamat pendakiannya  ke Puncak Everest kali ini.

Menurut syarikat yang diterajui oleh Datin Maria Abdullah itu, adalah visinya untuk menjadikan air MyPW merentas sempadan dan benua bagi semua atlet di dalam bidang kesukanan.

Peneraju MyPW, Datin Maria Abdullah memperkenalkan produk air oksigennya hari ini

Menurutnya produk itu adalah air yang bertenaga dengan kandungan oksigen yang tinggi amat berkhasiat kepada atlet-atlet negara.

“ Air MyPW juga memberikan kelebihan kepada pembuangan detoks dari badan, memberikan kesan penurunan yang tinggi kepada penyakit kencing manis, kolestrol dan pengawalan asma katanya di dalam sidang media di Kuala Lumpur bersama Pendaki everest hari ini.

Ravichandran Tharumalingam ataupun lebih dikenali Ravi Everest di dalam sidang media bersama MYPW di Don’s Cigar Lounge, Plaza Damas hari ini

Sementara itu, pendaki gunung negara, Ravichandran Tharumalingam atau lebih dikenali sebagai Ravi Everest berkata beliau bersama beberapa pendaki gunung kini sedang membuat persiapan untuk menawan sekali lagi puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Katanya beliau telah diperkenalkan dengan  air oksigen itu di mana menjadi satu cabaran yang dihadapi oleh para pendaki di ketinggian lebih dari 6000 meter, adalah kandungan oksigen yang semakin berkurangan.

Akibat dari kekurangan oksigen itu, kita terpaksa bergantung kepada bekalan oksigen tambahan yang menggunakan tong oksigen, dan memikul tong 3 hingga 4 liter itu adalah menjadi beban buat para pendaki.

“ Apabila kita diperkenalkan dengan air ini, dimana kita sudahpun mencubanya semenjak dari dua bulan lepas, dari segi aspek latihan yang kita sudah jalankan di semenanjung ni, ianya nampak  membantu kita dari segi pemulihan “ recovery”.

Tambah Ravy lagi, terdapat dua elemen penting sebagai seorang atlet menjalankan aktiviti iaitu kandungan air dalam badan, dan kandungan oksigen.

Oleh itu saya percaya produk minuman ini boleh membantu semua atlet terutamanya kepada atlet yang suka menjalankan aktiviti sukan lasak dan rekreasi. Di mana ianya membabitkan cabaran kekurangan air dan oksigen katanya lagi.

Ravy yang di dalam misinya yang ketiga untuk menawan gunung everest itu berkata biasanya pendaki akan memasak ais yang berada di sana, dan  berhadapan dengan risiko lain yang diantaranya air dimasak itu tercemar.

Dan dengan pengunaan air ini, kita akan boleh mengurangkan risiko untuk berhadapan dengan situasi sebegitu katanya.

Tambah Ravi lagi, Sebelum ini beliau menggunakan jenama antarabangsa dari luar negara, dan setiap misi yang buat, kita  kita lebih memperkenalkan produk luar negara berbanding produk tempatan, dan saya berharap dengan program ini kita dapat memberikan testimonial serta kenyataan hasil dari  penggunaan produk tempatan ini katanya.

Dalam pada itu, pengeluar air minuman MyPW ini turut mencari stokis-stokis serta pengedar produk minuman mereka dan sekiranya berminat boleh menghubungi mypro wrestling sdn bhd di talian 010-435 2212 ataupun email [email protected]

 

 

Latest articles

Related articles

spot_img