Mycar Tawar Diskaun RM2 Untuk Ke Masjid Wilayah

Kuala Lumpur – Penyedia perkhidmatan e-hailing, Mycar menjalankan kolabrasi bersama masjid wilayah untuk memberikan diskaun sebanyak RM 2 kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk hadir ke masjid berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Mycar, Datuk Noor Sheena Maideen berkata program Jom Solat Terawih di Masjid Wilayah Persekutuan yang baru tahun pertama diperkenalkan bertujuan memudahkan jemaah yang tidak mempunyai kenderaan ataupun tinggal jauh dari masjid Wilayah untuk melakukan ibadah di masjid ini.

Katanya, para jemaah boleh datang awal ke masjid, mereka boleh melakukan solat sunat, berzikir, membaca al-quran ataupun menyertai kelas pengajian yang bermula dari jam 4 petang yang dianjurkan Masjid Wilayah dan seterusnya berbuka puasa di masjid ini.

“ Jadi program ini bertujuan untuk menjemput jemaah datang ke masjid untuk beribadah jadi ini dapat memudahkan mereka katanya.

Tambah Noor Sheena lagi, perkhidmatan ini juga ditawarkan ini memandangkan permintaan pengguna yang tidak mahu memandu sendiri ke masjid kerana ruangan parking kereta yang terhad.

“ Ini memudahkan jemaah untuk datang ke masjid menggunakan perkhidmatan e-hailing yang ditawarkan mereka dengan pemberian diskaun Rm2 ringgit katanya ketika ditemui di masjid Wilayah hari ini.

Ketika ditanya adakah pemberian diskaun ini akan turut diperluaskan ke masjid-masjid lain di dalam Wilayah Persekutuan, katanya ini adalah tahun yang pertama program ini dijalankan di masjid Wilayah dan insyaalah kami selepas ini akan turut berkelobrasi bersama dengan masjid negara, masjid Putrajaya dan masjid-masjid yang terletak di dalam Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu Imam besar masjid Wilayah Persekutuan, Haji Muhyidin Aziz@saari berkata program jom solat terawih dengan kolabrasi mycar ini merupakan sebahagian dari kempen masjid di hatiku yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Jadi untuk masjid Wilayah ini, kita bekerjasama dengan Mycar, iaitu inisiatif jom solat terawih di Masjid Wilayah Persekutuan di mana mereka akan mendapat diskaun RM 2 ringgit sekiranya menggunakan perkhidmatan e-hailing mycar.

“ kita sangat mengalu-alukan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan ini di mana ianya memudahkan jemaah untuk datang ke masjid, tidak perlu sesak dengan parking dan sebagainya”

Dengan pemberian diskaun itu, kita harap masyarakat dapat mengambil kesempatan untuk mengimarahkan masjid terutamanya kita sedang menuju ke 10 terakhir ramadan ini katanya.

 

 

 

Imam masjid besar masjid wilayah Persekutuan berkata

BBerkaitan

Latest articles