MyCar Prihatin Golongan Pemandu, Sedia Perlindungan Insurans Bersama AmCare

SHAH ALAM: MyCar Asia (MyCar) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama dengan AmCare Agency bagi memberi perlindungan menyeluruh kepada  250,000 pemandu aplikasi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena Maideen berkata, perlindungan insurans di bawah program Perlindungan Insurans Tenang bertujuan menjaga kebajikan kesemua pemandu semasa bekerja menerusi aplikasi tersebut.

“Saya sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakan pemandu MyCar dengan saya sendiri setiap hari menggunakan perkhidmatan MyCar bagi mendengar sendiri luahan rakan pemandu.

“Mengambil kira luahan mereka, maka termeterainya jalinan kerjasama di antara kami dengan AmCare Agency,” katanya di sidang media selepas majlis menandatangani MOU berkenaan, pada hari ini.

Terdahulu, Noor Sheena menandantangani MoU berkenaan bersama Pengerusi Amcare Agency, Tan Sri Abdullah Taib.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AmCare Agency, Datuk Mohamad Zahari Harun berkata, pihaknya bersetuju menjalankan ujian pemeriksaan kesihatan percuma kepada pemandu MyCar.

“Selain itu sebagai permulaan, 250,000 pemandu MyCar akan dilindungi insurans di bawah program Perlindungan Insurans Tenang.

“Kita juga akan memberi perlindungan kepada pemandu sekiranya terdapat kes undang-undang melibatkan mereka dengan pelanggan MyCar,” jelasnya.

Kedua-dua pihak mengambil langkah bertepatan dengan inisiatif kerajaan menerusi Belanjawan 2022, supaya industri insurans dan takaful menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak yang bertujuan untuk memanjangkan perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah.

MyCar turut menjadi syarikat e-hailing pertama yang menawarkan kebajikan kepada rakan-rakan pemandu MyCar.

BBerkaitan

Latest articles