More

    Musa ‘Kunci’ Kemenangan Umno, Bersatu Untuk Menang PRN Sabah

    Untuk menewaskan Warisan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan kelak, kedua-dua parti politik Umno dan Bersatu perlu menggunakan pengaruh bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman.

    Demikian menurut penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dalam menjangkakan kemenangan Umno dan Bersatu yang akan menentang Warisan yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    Sehingga kini, ujarnya, Musa masih mendapat sokongan pemimpin Bersatu Sabah, yang sebahagian besarnya merupakan bekas ahli-ahli Umno.

    “Begitu juga pemimpin akar umbi Umno sekarang,” ujarnya.

    Musa, yang tewas kepada Shafie pada PRU14 yang lalu turut mempunyai rangkaian penyokong yang kuat dalam komuniti perniagaan, memudahkan beliau menggembleng jentera pilihan raya.

    “Beliau berada pada kedudukan yang lebih kuat berbanding Umno atau PPBM dan susah untuk mereka bergerak tanpa sokongannya. Lagi rumit kalau mereka bersaing dengannya,” ujarnya.

    PRN Sabah yang bakal diadakan kelak dianggap sebagai penyelesaian terbaik kepada kemelut politik yang berlaku di negeri itu.

    Sebelum ini Musa mendakwa dirinya sudah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru dan diangkat sebagai ketua menteri yang baru.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini