Musa Hassan Akhiri Zaman Duda

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Qistina Lim.

Berita gembira itu dikongsi oleh pendakwah terkenal, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar melalui rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook miliknya, malam tadi.

“Majlis perkahwinan Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim,” katanya pada kapsyen video tersebut.

Berita perkahwinan itu juga dikongsikan olej seorang individu dipercayai adik Musa iaitu Mohammad Izzat Hassan dengan memuatnaik gambar-gambar majlis perkahwinan tersebut dalam laman Facebook miliknya.

Beliau turut bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai berkenaan.

“Anda sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang saya. Selamat datang kak long Puan Sri Qistina ke dalam keluarga kami.

“Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah. Amin ya rabbal alamin,” katanya.

Berdasarkan maklumat pada hantaran tersebut, majlis perkahwinan Musa dan Qistina dipercayai berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, malam tadi.

Sebelum ini, Musa berpisah dengan bekas isterinya selepas Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42 memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.

BBerkaitan

Latest articles