More

    Musa Aman Yakin Dengan Kepimpinan Hajiji Terajui Sabah

    Tan Sri Musa Aman menyifatkan pelantikan Datuk Hajiji Mohd Noor sebagai ketua menteri yang baru sebagai bertepatan dengan pengalamannya sepanjang berkhidmat di bawah pentadbirannya sebagai ketua menteri sebelum ini.

    “Saya sudah lama mengenali Hajiji dan beliau sudah lama berkhidmat sebagai menteri dalam kabinet semasa saya masih seorang Ketua Menteri.

    “Beliau sentiasa memberi komitmen penuh dan profesional terhadap tanggungjawabnya ketika itu.

    “Walaupun Hajiji adalah seorang individu yang penyayang namun pada masa yang sama beliau adalah pemimpin yang tegas, dapat membuat keputusan tanpa rasa takut mahupun pilih kasih.

    “Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalamannya. Beliau mempunyai kapasiti untuk memimpin Sabah, membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan negeri ini di masa depan,” katanya.

    Hajiji mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru pada hari ini di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

    Seramai tiga timbalan dilantik bagi membantu Hajiji, iaitu Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joachim Gunsalam.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini