Musa Aman Umum Cukup Kerusi Untuk Tadbir Semula Sabah

Bekas ketua menteri Sabah yang juga Adun Sungai Sibuga , Tan Sri Musa Aman hari ini mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun negeri itu.

Adun itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan Umno.

“Langkah seterusnya ialah menemui gabenor Sabah dan menyerahkan akuan bersumpah daripada Adun kepada beliau,” katanya  pada sidang media hari ini

Beberapa Adun dari pati Warisan, PKR, PPBM yang hadir di dalam sidang media hari ini – TRI

‘Tuan yang terutama (TYT)  telah meminta saya untuk mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka’

Menurutnya lagi beliau telah menerima surat akuan bersumpah Adun yang telah mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baru yang diketuainya itu.

” Melangkah hadapan, kerajaan gabungan baru berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan parti Warisan termasuk  dalam mengatasi penularan wabak Covid19″.

Antara Adun-Adun yang hadir ke sidang media Tan Sri Musa Aman – Pic @tri

Dengan bantuan kerajaan Persekutuan, beliau percaya mereka bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat.

Di akhir sidang medianya itu, Musa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokongnya dan  tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Beberapa minggu ini, timbul spekulasi akan berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah pimpinan Warisan, susulan dakwaan 14 hingga 16 Adun yang menyokong gabungan parti pemerintah itu akan bertukar kem.

Ini bermakna pembangkang yang kini mempunyai 20 kerusi akan mempunyai sokongan mencukupi untuk mendapat majoriti mudah 33 kerusi yang diperlukan bagi menggulingkan kerajaan sedia ada berusia 27 bulan itu.

 

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini