Musa Aman Rakamkan Penghargaan Buat Pasukan Pendakwaan Dan Kehakiman

Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman mengucapkan penghargaan pada pihak pendakwaan dan badan kehakiman selepas Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan beliau daripada 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang berkaitan konsesi balak.

Beliau berkata pihak pendakwaan dan badan kehakiman bertindak secara objektif, profesional, berkecuali, dan tanpa prejudis dalam menilai fakta kesnya sejak 2 tahun lalu.

“Permohonan untuk membatalkan pendakwaan yang difailkan awal tahun ini dibuat dengan cukup teliti dengan disokong oleh keterangan dan dokumen bukti yang cukup jelas dan nyata yang tidak dapat dipertikaikan,” katanya dalam kenyataan.

Musa menganggap apa yang telah berlaku kepada beliau dan keluarga, “biarpun dilihat terjadi kerana perbezaan politik”, sebagai ujian dan dugaan Tuhan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Musa selepas pihak pendakwaan menarik balik tuduhan terhadap beliau.

Musa, ketua menteri dari 2003 hingga 2018, minta dibicarakan terhadap 35 tuduhan rasuah pada 5 Nov 2018. Lima daripadanya kemudian digugurkan.

BBerkaitan

Latest articles