Mungkin Muhyiddin Lupa ‘Jasa’ Najib – Shamsul Anuar

JOHOR BAHRU: Pemimpin Barisan Nasional (BN) meluahkan rasa terkilan dengan serangan demi serangan yang dilemparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menyelar tindakan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), melabelkan Najib seorang yang cerdik berbohong ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Shamsul Anuar menyorot kembali keadaan dimana Najib sanggup menandatangani surat akuan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Lenggong itu mendedahkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN hiba sehingga ada yang mengalir air mata dengan sikap jiwa besar Najib, biarpun ketika itu sudah berulang alik ke mahkamah.

”Hatinya sabar. Berjiwa besar. Kental jiwanya.

“Namun…,” Shamsul Anuar yang mengingat semula detik selepas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas 22 bulan memerintah.

Muhyiddin pada semalam turut mendakwa, Malaysia bernasib baik kerana BN tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.

Beliau kononnya mendakwa sampai ke sudah skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan disiasat oleh kerajaan jika Najib masih memegang kuasa.

BBerkaitan

Latest articles