Muktamar PAS Hari Ini Turut Dihadiri Tun M

KUALA LUMPUR: Selepas mulai mesra dengan PAS, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Muktamar PAS ke- 69, buat kali pertama di Shah Alam, hari ini.

Memetik Malaysia Gazette, Dr Mahathir hadir sebagai tetamu kenamaan tiba pukul 10 pagi disambut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta kepimpinan utama PN.

Kehadiran Dr Mahathir diumumkan oleh Pengarah Muktamar yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Muktamar tahunan itu akan dirasmikan Abdul Hadi disaksikan kepimpinan PAS di Ideal Convention Centre (IDCC).

BBerkaitan

Latest articles