Muhyiddin Yang Tentukan Dimana Saya Bertanding – Azmin

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerusi untuk beliau bertanding dalam PRU15 akan datang hanya ditentukan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegas Azmin, tiada sesiapa berhak untuk menentukan kerusi untuknya bertanding, sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jadi, siapa dia nak menentukan saya bertanding di mana? Yang tentukan adalah presiden parti sahaja,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri majlis Rapat Malaysia Prihatin di Shah Alam, semalam.

Reaksi Azmin itu diberikan susulan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mencabarnya bertanding di kerusi Gombak pada PRU15 ini.

Malan Megat Zulkarnain dilaporkan berkata, beliau yakin pengundi kawasan Gombak akan memilih pemimpin dengan bijak dan berhati-hati pada PRU nanti.

Katanya, memang sepatutnya Mohamed Azmin kekal bertanding di Gombak kerana tiada siapa boleh menghalangnya untuk mempertahankan kerusi itu.

BBerkaitan

Latest articles