KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yanh sepatutnya menyatakan nama-nama 42 ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri (PM).
Tambahnya, Ahli Parlimen Pagoh itu perlu bertindak tegas sekiranya di pihak yanh benar, dan bukan pula mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti sokongan.
Ini kerana, rakyat pun hendak tahu ahli-ahli Parlimen berkenaan boleh berpaling.
”Jangan simpan-simpan lagi! Dedahkan!
“Belum angkat sumpah, dah pusing. Tekan butang tu!,” katanya.
Reaksi Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu merujuk kepada kenyataan Muhyiddin yang menggesa Anwar untuk mengemukakan jumlah SD (Akuan Berkanun) yang diperoleh daripada ahli-ahli Parlimen sebagai bukti beliau mempunyai angka yang mencukupi bagi membentuk kerajaan.
Menurut Muhyiddin, perkara itu perlu dibuktikan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam usaha mendapat kepercayaan rakyat.