Ketetapan Majlis Tertinggi Umno untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan secara bersyarat, termasuk untuk melantik seorang dari Umno sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Umno Terus Mendokong Kerajaan PN, Tolak Kerjasama Dengan PKR, DAP
Dikatakan Muhyiddin sedang menunggu nama calon yang ‘boleh diterima’ bagi jawatan berkenaan, demikian lapor akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.
Malah Muhyiddin juga mahu nama lain selain Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini sedang mempunyai kes di mahkamah.
“Calon yang boleh diterima Muhyiddin adalah Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Presiden), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Naib Presiden) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tidak memegang jawatan penting dalam UMNO.
“Tetapi jika Ahmad Zahid tetap dicadangkan, maka minta maaf,” kata sumber itu kepada Sin Chew Daily.
Umno juga bersedia mengadakan perundingan semula kerjasama dengan Bersatu susulan sokongan kepada kerajaan PN.
Malah satu jawatankuasa yang disertai Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob ditubuhkan untuk membincangkan syarat-syarat kerjasama itu.
“Kami berharap akan wujud suasana kerjasama baharu antara UMNO dan Bersatu selepas keadaan wabak bertambah pulih nanti,” demikian menurut sumber itu lagi.