Muhyiddin Tolak Cabaran Sumpah Laknat Zahid

Kuala Lumpur — Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak cabaran sumpah laknat Zahid Hamidi berkaitan dakwaan bahawa presiden Umno membawa timbunan fail dan memintanya campur tangan dalam kes mahkamah.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata bahawa beliau tidak akan bersumpah kerana tak pernah bohong

“Saya takkan sumpah pasal saya tak pernah bohong,”

Dalam ceramah di Tangkak, Johor pada 17 Februari lalu, Muhyiddin mendakwa selepas dia dilantik sebagai perdana menteri Zahid menemuinya dengan membawa ‘fail bertimbun’ untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi olehnya.

“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya.

“Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan),” kata Muhyiddin semasa ceramah itu.

Mengulas dakwaan Muhyiddin, Zahid menyatakan kesanggupannya untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan bekas perdana menteri itu.

“Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi perdana menteri untuk meminta tolong dilepaskan dari tuduhan mahkamah.

“Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan,” kata Presiden UMNO itu lagi semalam.

Zahid turut mencabar Muhyiddin untuk bersumpah laknat untuk mempertahankan dakwaan yang dibuatnya.

Muhyiddin memberitahu pemberita hari ini bahawa dia telah pun menamakan saksi insiden tersebut, termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Azmin Ali.

“Itu hak dia la nak sumpak ke tak sumpah.

“Saya cakap benar, nak cakap pada rakyat tak bohong. Saya dah tunjuk saksi,” kata pengerusi PN itu.

BBerkaitan

Latest articles